Alhamdulillah... syukur atas segala nikmatnya....
siapa sangka... Ayu sendiri pun tak sangka Ayu bakal jadi ibu dalam masa 2 bulan lagi...
InsyaAllah... moga Ayu dipermudahkan segalanya....
rasa macam cepat sangat Allah bagi rezeki ni...
rasa syukur tu tak pernah padam....
Meh nak story detik-detik dapat tahu i'm preggy... hihihi
Sebenarnya Ayu check pregnant selepas lebih kurang 2 bulan Ayu tak period.
Lama kan... orang lain kalau tak datang period seminggu pun dah risau....
Ayu boleh rileks je lagi buat tak tahu...
Teorinya Ayu pernah terbaca yang kadang period tak datang sebab perubahan hormon dalam badan. SO Ayu tak over excited sangat pasal baby time tu... kang check tak da frust menonggeng pulakssss....
Lepas majlis kat Ganu bulan 3 kami suami isteri berjauhan sementara sebab tak dapat rumah sewa lagi. Lepas 2 bulan baru la kami dapat rumah sewa kat Bangi.
Bulan 5 lepas balik dari Kedah and balik Ganu kejap... baru lah bagitahu Encik Mok 2 bulan dah tak period. SO Encik Mok pun kata jom pegi check.
First kitorang pegi beli alat pregnancy test dulu kat farmasi. check sendiri dulu.
*** Tips : kalau nak check preggy dengan alat ni make sure pagi-pagi .
Esok nya hari Isnin Ayu pegi check dekat Klinik Kesihatan untuk confirmation dan boleh terus buat buku PINK! Encik Mok tak temankan since dia keje. Mula-mula pegi daftar kat kaunter bagitahu nak check pregnancy. Nurse tanya dah buat UPT test sendiri ke? Ayu sengaja jawab belom sebab nak buat lagi sekali. Kena bayar RM1 untuk pendaftaran pesakit luar and RM15 untuk UPT test.
And the result is POSITIF. Alhamdulillah... lepas tu jumpa doctor and sahkan berapa minggu usia kandungan. lepas calculate since my last period about 10 weeks. means dah 2 bulan lebih. means orang tua kata bunting pelamin... ce wah.... hihihi
100% confirmed by doctor then baru Ayu sedar that I'm a preggy mommy!
Lepas tu terus pegi buat buku PINK kat situ jugak.
Sekarang dah masuk 32 weeks lebih kurang 7 bulan.
Alhamdulillah... cepat masa berlalu tinggal 2 bulan je lagi nak jumpa baby.
Moga segalanya dipermudahkan.
Morning sickness??? Ayu alami night sickness.... huhuu
bulan puasa paling mencabar. time tu dalam 3-4 months . tak boleh makan nasi. tak boleh bau suami. tak boleh bau tumis-tumis. tak boleh bau macam-macam. mesti nak muntah-muntah....
Sebulan puasa tu waktu berbuka memang tak masak. Beli lauk dah siap je. time sahur je masak. simple-simple je. Kesian pulak Encik Mok time tu. sabar je dia.... hihihihi...
Raya puasa dapat raya kat Ganu. 2 days before raya dah gerak balik.
start balik Ganu sampai sekarang... I'm just fine. dah tak de muntah-muntah lagi. Yeah I is nak balik kg sebenarnya... nak makan makanan Ganu. hahahaha....
Mengidam???
tak de ape yang mengidam sangat. cuma terasa nak makan itu ini je. Tak de pun nak merajuk bagai kalau tak dapat. hihihihi....
Moga segalanya dipermudahkan...
EDD middle of December. and plan memang nak bersalin kat Ganu.
Doakan yang terbaik untuk kami.
InsyaAllah.....
Meet my baby! time ni 16 weeks cam tu.
Gender??? surprise...!!!! :)