Instagram

Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday # 5





Kadang kala kita perlu menangis... 
kerana setiap curahan air mata itu mampu...
menenangkan sekeping hati yang sedang bergolak...

sekeping hati itu takkan mampu untuk bertenang...
kerana setiap persoalan yang menimpa...
masih tidak punya jawapan yang boleh menenangkan sekeping hati itu...

bagaimana untuk dia terus bertenang...
melainkan rintik-rintik jernih yang menjadi peneman paling setia...
tak pernah jemu berbakti tika hati itu sedang bersedih...


duhai sekeping hati milik seorang gadis yang sedang sayu...
janganlah kau terus meronta...
meminta jawapan yang takkan mungkin kau dapat...

bersabarlah...
apa jua yang terjadi di hari muka...
rintik-rintik jernih itu takkan pernah jemu untuk setia bersama mu...

menangislah...sepuas-puasnya...
selagi tangisan itu mampu untuk menenang hatimu yang sedang berduka...





2 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

menangislah sepuas2nya .. sesungguhnya menangis itu mrupakan terapi untuk memulihkan semangat . tgh bersedih ker ? rileks ok ? :)

-✿Ayu✿- said...

@C i k P i p i T e m b a m
huhuhu...some sort like that...still coping myself to be more cheerful...

2leep.com