Assalamualaikum....
hari ni ayu nak share macam mana nak buat button badge tanpa guna mesin.
boleh DIY je. jimat kos tempah. hihihi
Barang yang diperlukan :
- Raw button sekali penutup dia. boleh dapat online kat sini NJ Button Badge
- Kertas sticker photo paper . boleh dapat kat sini. Heat Press Mart
- Gam bunga
- Gunting
Bahan sampingan :
- Design ( boleh ambil design dekat google .. edit je dgn kreativiti sendiri)
- saiz button ( yg ni kena tahu saiz button tu untuk buat design. biasanya orang buat saiz 58mm)
Cara - cara :
- Buat design . saiz button 58mm. Buat 2 bulatan lebih kurang 2.5 inc dan 3 inc. design dekat 2.5inc yang 3 inc tu hidden area. bahagian tu akan dikelepet. so tak nampak kat surface area.
- dah siap design susun dalam satu A4 dekat word pn boleh.
- Print dan potong.
*ayu buat guna photoshop so lain sket klu guna word. - Ambil button yang besi dulu tampal design td. mak sure tengah-tengah
ye. yang bahagian hidden area tu kelepet kan ke dalam. bahagian ni
perlukan kegigihan sikit la nak kelepet tu. kalau buat 100pcs memang
terasa la kesakitan di bahagian hujung ibu jari anda. kikiki
- dah siap kelepet tu boleh gam belakang dia untuk tampal penutup puteh pulak.
- pakai gam bunga tu memang melekat for sure. hihihi make sure pin tu tak terbalik.
- * ikutkan pic ni ayu pakai gam UHU sebab lilin tu dah abes... terpaksa. tapi tak galakkan sangat pakai gam UHU ni. mudah tercabut.
-
- dah siap!
SELAMAT BERDIY!
3 comments:
ai blogger ayu. boleh x awk share mcm mne nk dptkn software photoshop tu?tq
Salam, nak tanya. Kertas sticker tu awak beli dekat mane ye? Link kat atas tu tak wujud dah. ^^ Tq
@Nadiah
Salam skang supplier ayu kt melaka... ayu beli kt kedai. klu online cube tgk kt page Heat Press Mart Fulry. kdg2 ayu beli situ gak.
Post a Comment