Deruan ombak dikala senja ini buat aku seperti di awangan. Agak lama aku tidak berkesempatan untuk singgah disini. Selama ni aku hanya memandang, belum sempat untuk singgah. Pantai, tempat kegemaran aku dikala aku keliru, dikala aku marah, dikala aku sedih, dikala aku merindu.
Lama aku tinggalkan tempat kerana selama ni aku merasa bahagia. Dengan hidup bertemankan impian dan kenangan. Tapi hari ni, aku kembali kerana aku mula merindu. Aku mula merindu kenangan itu. Aku mula rindu akan gelak tawa itu, senyuman itu, kata-kata semangat itu.di kejauhan, kelihatan dua anak-anak kecil sedang galak bermain di gigi air. Mereka buat aku mengimbau kenangan aku dan dia. Dia yang tersangat aku rindu. Dia yang wujud dalam setiap nafasku. Dia yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku. Dia yang kini berada jauh dari aku.
********
“ Ira, duduk elok-elok kat sini ye nak, belajar rajin-rajin. Ingat apa yang arwah abah pesan dulu. Ingat cita-cita Ira. Kita orang susah nak. Cuma Ira harapan ibu”.
“ ibu, Ira ingat ibu, Ira takkan lupa segala impian abah dulu. Ira akan belajar sungguh-sungguh ibu”.
Aku hanya mampu menghantar ibu pulang dengan genangan air mata. Entah bila lagi agaknya aku dapat pulang ke kampong. Aku kena kuat untuk teruskan hidup di sini. Tempat yang sangat asing bagi aku. Walaupun aku bukan dari keluarga yang berada,tapi Allah kurniakan aku dengan kepandaian yang sangat ibu banggakan. Berbekalkan keputusan SPM 10A1 yang aku perolehi, aku ditawarkan tempat di Universiti Malaya dalam jurusan sains kemanusiaan. Ibu agak runsing mengenangkan yuran pendaftaran yang agak tinggi. Dengan duit pencen yang abah tinggalkan takkan cukup untuk menampung yuran pendaftaran aku. Tapi mujur, aku ditawarkan biasiswa dari JPA untuk menampung perbelanjaan aku sepanjang 3 tahun akan datang.
“Nurul Saidatul Amira!” kelihatan Nur Amani Zafirah berlari-lari anak kearah aku. Teman sekelas juga teman sebilik aku dan lebih lagi sahabat aku. Dia lah satu-satunya sahabat karib aku disini. Dia lah tempat aku bergurau senda. Dia jugalah tempat aku meluahkan. Amani bagaikan saudara aku. Dengan wajah yang cukup cantik dan tingkah laku yang kadang-kadang gila-gila, Zafirah adalah antara siswi yang menjadi perhatian para siswa di kampus. Tapi aku cukup berbangga punya sahabat sepertinya. Walaupun lahir dalam keluarga yang serba mewah, namun dia tidak berbangga dengan semua itu. Paling penting, dia tidak pernah betah bersahabat dengan aku walaupun aku tidak punya apa-apa.
“Ira,esok aku dah balik rumah. Kau macam mana? Takkan kau nak tinggal kat sini seorang diri. Kau ikut aku balik ye, abang aku datang jemput aku esok. Kau tak perlu keluarkan duit belanja. Dah jimat duit kau. Aku faham keadaan kau Ira”.
“ Tapi Za, segan lah aku. Setiap kali cuti, setiap kali tu jugak aku terpaksa menumpang rumah kau. Aku dah segan dengan family kau”.
“ala kau ni kan, dengan aku pun kau nak segan. Family aku dah anggap kau macam family kami jugak. Aku lagi suka kalau kau ada. Tak ada lah aku seorang diri je kat rumah nanti. Kau pun tahu kan. Mama dan papa aku sibuk. Abang pulak bukan ada masa nak temankan aku. Boleh la ira. Kau ikut aku balik ye.” Za dah mula buat muka 10 sen dia. Memek muka yang akan buat aku setuju. Dia memang tahu kelemahan aku.
Perlahan-lahan aku mengangguk tanda setuju sambil tersenyum ikhlas. Serta-merta Zafirah melonjak keseronokan. Maknanya cuit pertengahan semester kali ni, akan dipenuhi dengan rancangan gila-gila zafirah lagi. Aku hanya mampu tersenyum dengan tingkah Zafirah.
Usai solat isyak malam itu, aku menghubungi Mak Ngah. Sudah lama tidak bertanya khabar adik-adik. Tapi, agak lama aku menanti, panggilan aku tidak dijawab. Ke mana Mak Ngah dan adik-adik semua. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Masih agak awal untuk mereka masuk tidur. Tak mengapalah, aku akan hubungi mereka lagi nanti.
“ za, kau dari mana ni?”. Za masuk ke bilik dengan wajah yang agak sugul. Dari petang tadi dia keluar makan bersama Khairul, teman lelakinya.
“ira, aku kena tipu lagi ira, khairul tipu aku lagi!”.
“sudah lah tu za, dah berapa kali kau kena tipu hidup-hidup dengan khairul tu. Kau tak serik-serik lagi ke? Ramai lagi lelaki kat kampus ni yang gilakan kau. Tapi khairul jugak yang kau kejarkan”.
“ aku dah putuskan hubungan kami. Lepas ni aku tak nak jumpa dia lagi!. Aku janji Ira!. Aku tak sangka dia buat lagi perangai lama dia tu. geram betul aku!”.
“sudah-sudah lah tu za, ni semester akhir kita. jangan sebab lelaki tu, pelajaran kau yang terganggu”.
“ jangan risau la Ira, kau kenal aku kan? Jangan lupa kemas barang kau ye. Esok lepas kelas encik Fauzi kita terus balik. Abang aku terus datang dari office dia”. Puan zafirah dah mula bagi arahan kat aku.
“baiklah puan Amani Zafirah, patik menurut perintah.hehehe”.
“Ira!!!!!”.
*******
“ dah lama kamu tunggu?”. Abang Amar Zafran. Satu-satunya abang Za. Bekerja sebagai pengurus kanan di syarikat milik keluarga mereka. Berpendidikan tinggi, memiliki rupa paras yang cukup untuk buat seorang gadis menoleh 2 kali untuk melihat wajah tampan milik Abang Amar.
“ tak adalah lama sangat. Ada la dalam 2,3 jam.” Za mula buat muka tak puas hatinya. Selama kami menunggu abang Amar tadi. Za tak habis-habis merungut, marahkan abang Amar. Aku hanya mampu tersengih saja. Aku hanya menumpang dia. Tak mampu untuk berkata apa-apa walaupun aku juga merasa penat menunggu terlalu lama di depan pintu kolej.
“maaflah ye adik manis. Tadi jalan manyak jammed ma. Itu keleta susun-susun ma”.
Abang amar mula memujuk adiknya yang dah muncung 14 disebelah.
“adik manis, jangan malah ma”.
Aku kat belakang dah tergelak dengan suara abang amar macam tu. seronok kalau aku juga punya abang sepertinya.
Abang amar mula memujuk adiknya yang dah muncung 14 disebelah.
“adik manis, jangan malah ma”.
Aku kat belakang dah tergelak dengan suara abang amar macam tu. seronok kalau aku juga punya abang sepertinya.
“ abang kena belanja kitorang makan malam ni!” za mula balas dendam.
“wokey, beres! Sebut jer nak makan kat mana. Abang belanja! Janji maafkan abang ye adik manis.hahahaha”. abang amar gelak besar sambil mencuit pipi za disebelah.
“arghh!!! Sakit lah! Za tak kira malam ni lepas makan kat McD, abang kena belanja za shopping pulak. Sekali dengan Ira! Padan muka! Wekkkk!”.
Aku hanya terpinga di belakang. Tapi za tersenyum riang. Abang amar hanya tersenyum seolah mengiyakan kata-kata za. Tanpa aku sedar abang amar sempat mencuri pandang aku di belakang. Aku hanya tersipu malu.
Malam itu aku habiskan dengan berseronok bersama abang amar dan zafirah. Hilang seketika kerinduan aku terhadap adik-adik di kampong.
******
“selamat pagi auntie, uncle”.
Aku menyapa Dato’ Azman dan Datin Zalilah seadaya. Mereka sudah bagaikan ibu bapa aku sendiri.
Aku menyapa Dato’ Azman dan Datin Zalilah seadaya. Mereka sudah bagaikan ibu bapa aku sendiri.
“Ira, maaflah. Semalam auntie dan uncle pulang lewat malam. Tak sempat nak bertemu dengan Ira. Ira dah nyenyak tidur”. Datin Zalilah sangat lembut berbicara. Aku sangat senang dengan mereka.
“eh, tak mengapa auntie. Kami pun agak penat semalam. Za pun tak bangun lagi”.
“awal Ira bangun. Ni mesti tolong Mak Nab kat dapur lagi kan. Dah berapa kali auntie pesan. Itu kerja Mak Nab, Ira tetamu kami. Kami dah anggap Ira anak kami sendiri. Tak perlu nak segan dengan kami ye”. Dato’ Azman mula bersuara. Walaupun dia adalah seorang usahawan yang disegani, nilai kebapaan masih wujud dalam dirinya.
“ tak apalah uncle, Ira duduk sini pun bukan ada buat apa. Sekali sekala dapat tolong Mak Nab Ira rasa macam tolong ibu dekat rumah”. Air mata aku mula bergenang mengingatkan ibu. Perlahan-lahan tangan Datin Zalilah memegang erat tanganku.
footnote: ini adalah percubaan aku untuk mengekspresikan segala nukilan yang selama ini hanya bermain di fikiran. segala nama, watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. sekiranya ada persamaan, ia adalah kebetulan. enjoy the story!
No comments:
Post a Comment