hari ni aku terbaca Utusan Malaysia bertarikh 28 Mei 2011... aku terkejut gak terbaca laporan ni... rupanya negara pernah berdepan dengan tragedi yang sungguh menyayat hati... walaupun tragedi ni berlaku sebelum kelahiran aku...tapi aku teringin untuk tahu segala cerita tentang tragedi ni... aku tahu ramai yang semakin melupakan tentang kisah Tanjung Kupang nih... walaupun kisah ni dah dibukukan sebagai KOMSAS untuk pelajar Menengah Rendah.... sedikit info yang aku dapat dari Utusan Malaysia dan Wikipedia...
kisah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 737 terhempas di hutan bakau Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. kejadian ini dikaitkan dengan rampasan yang mengundang perdebatan yang berterusan iaitu tentera merah Jepun, militan Vietnam dan penentang kerajaan Cuba.
Detik-detik cemas pesawat MH 653 terhempas di Tanjung Kupang
- 7.21 p.m : Pesawat Boeing MH 653 berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.
- 7.46 p.m : Pesawat berada diruang udara angkasa Batu Arang setinggi 4000 kaki.
- 7.47 p.m : Pesawat melaporkan kepada pusat kawalan penerbangan udara bahawa pesawat akan mendarat .Pesawat kemudian melaporkan sekali lagi kepada pusat kawalan dengan berkata "overshooting". sebuah kapal terbang yang menunda Boening MH653 bertanya " apa masalah pesawat ?" dan dijawab berlaku kecemasan dalam pesawat.
- 7.50 p.m : pesawat memberitahu," ketinggian 3000 kaki, akan mendarat di KL dalam masa 2 minit, perampas dalam penerbangan." pusat menjawab,"selamat mendarat di laluan 33 tanpa penangguhan" tetapi dijawab " Kami sedang menghala ke Singapura ". pusat menjawab " mesej diterima. faham".
- 8.05 p.m : pesawat MH 653 diarah menghubungi pusat kawalan Singapura dengan radio frekuensi Singapura. Pusat kawalan KL memberitahu pusat kawalan Singapura dan membenarkan mengenai perkembangan MH 653 dan mereka membenarkan mereka terbang setinggi 21000 kaki.
- 8.12 p.m : pusat kawalan Siangpura membenarkan MH 653 turun ke paras 7000 kaki kemudian perhubungan dengan pesawat MH 653 terputus.
- 8.30 p.m : mengikut laporan polis, kapal terbang tersebut berada di ruang udara Tanjung Kupang. seorang anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan tersebut melaporkan kapal terbang itu terbakar lalu menjunam sebelum naik semula.dan saat itu, kapal terbang itu meletup dan terhempas ke tanah sebelum meletup sekali lagi.
kejadian ini telah meragut nyawa 100 orang penupang termasuk kapten dan crew MH 653. tanpa dapat mengecam walau seorang pun daripada mereka kerana mayat hancur berkecai. mereka di kebumikan dalam satu keranda dan dibina satu memorial bagi mengenangkan kejadian yang terburuk buat negara.
pesawat Boeing MH653 yang dirakam setahun sebelum kejadian |
memorial yang dibian baagi memperingaati kejadian yaang menyayat hati ini... |
semoga roh mereka yang terkorban dalam kejadian ini sentiasa dicucuri rahmat..Amin...
No comments:
Post a Comment