Instagram

Thursday, June 23, 2011

Perodua Eco Challenge 2011


Tahun ini telah memasuki tahun ketiga penganjuran PERODUA ECO CHALLENGE yang bakal menyaksikan sekali lagi persaingan sengit antara penuntut fakulti kejuruteraan di beberapa universiti terkemuka Malaysia. Universiti yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Industri Selangor and Politeknik Engku Omar. 

Tujuan utama dari Perodua Eco-Challenge 2011 adalah untuk menyediakan program berupa latihan praktikal bagi pelajar untuk mencabar kecekapan teknik mereka dalam mengendalikan mesin, menyelasaikan masalah, meningkatkan kreativiti dan program seperti ini juga boleh mempromosikan budaya inovasi dalam kalangan pelajar tempatan.
Pertandingan ini bakal berlangsung pada 25 JUN 2011 bertempat di MELAKA INTERNATIONAL MOTORSPORT CIRCUIT....

sebenarnya encik boyfie pun salah sorang peserta dalam pertandingan ni...mewakili Universiti Kuala Lumpur MSI tapi sayangnya aku tak dapat pergi sana...huhuhu....sedih kan... waaa..... tak boleh tengok hasil kerja encik boyfie...huhuhu... 
kepada blogger-blogger yang ada di sekitar melaka tu...boleh la turun hari sabtu ni dan bagi sokongan kepada Encik Boyfie Ayu... semua peserta yang amik bahagian dalam PERODUA ECO CHALLENGE ni...
cari la mana satu encik boyfie ayu...hehehe... 

kepada encik Boyfie semua yang participate...GOOD LUCK!!!!!

sumber : 

p/s : Encik Boyfie...proud of you! do the best!

No comments:

2leep.com