Instagram

Thursday, August 11, 2011

Spontaneous Thursday # 7



Aku bersyukur atas segala nikmat yang KAU kurniakan kepadaku...
mungkin aku tidak mendapat nikmat KEKAYAAN harta benda...
namun aku mendapat nikmat KEBAHAGIAAN...
syukur KAU mengurniakan aku keluarga yang bahagia...
dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyayangiku...

mungkin aku tidak dikurniakan nikmat KECANTIKAN zahir ku...
tapi aku sedaya upaya untuk menjaga 
kecantikan batin yang KAU kurniakan padaku...
aku tidak berharap untuk menjadi cantik seperti mereka...
kerana aku takut aku akan terus takbur dengan nikmat itu...
cukuplah sekadar apa yang KAU berikan padaku...

mungkin AKU tidak dikurnia nikmat KECERDIKAN akal fikiran...
namun aku akan terus berusaha untuk menjadi 
seorang anak yang berguna buat kedua ibu bapaku...
sehingga aku mampu untuk terus berbakti kepada mereka... 
sehingga akhir hayatku...

mungkin aku tidak mampu untuk menjadi hambaMU 
yang taat dan sentiasa menurut perintahMU...
kekadang aku juga alpa dengan nikmat dunia...
hingga kekadang aku lupa akan janjiMU di akhirat...
tapi aku bermohon padaMU...
jauhilah aku dari syaitan yang binasa...
lindungi aku untuk terus mengabdikan diriku padaMU...
beri aku kekuatan dan hidayahMU untuk terus memperbaiki diri...
menjadi hambaMU yang KAU kasihi...
sesungguhnya... mereka yang sentiasa mncari 
keberkatan itu mendapat darjat yang tinggi di sisiMU....

aku bersyukur kepadaMU ...
YA ALLAH....




1 comment:

Anonymous said...

bersyukur dengan apa yang diberi olehNya

2leep.com