Instagram

Friday, September 07, 2012

musim raya lagi ke ni???...

hai...hai... lama kan ayu tak update blog ni. dah naik sawan campur berhabuk kan kan kan...:p entry ni amik syarat je untuk entry sempena Hari Raya Aidilfitri yang dah dekat sebulan dah 1 syawal berlalu. syawal ayu kali ni tak de lah best sangat sebab ayu beraya dekat negeri orang! uwaaaa~~~~
memang tak best kan, orang raya balik kampung tapi ayu tinggalkan kampung 4 hari before raya~~~ sedih tau...sob sob sob.... pic ni time tunggu bas nak pegi melaka hari tu la~~~

ayu terpaksa datang awal sebab kak ja dia bersalin awal dan bonda memang takkan dapat datang time-time nak  raya cam nih so, ayu la yang temankan kak ja kalau ada apa-apa kang...

raya tahun ni memang tak best sangat la sebab kalau dekat kampung mesti sibuk buat ketupat tapai malam raya tu tapi kat sini malam raya tu pukul 10 dah mengantok nak tido tau!
tak buat apapun dekat rumah kak ja ni... pagi raya pun pagi-pagi lagi dah keluar pegi umah nenek abang...
lepas tu pegi berjalan rumah sedara-sedara abang for the whole day.... 

memang betul la orang cakap raya paling meriah adalah di kampung sendirik!
ada family, ada bonda ayahanda adik beradik anak buah... seronok nya...
tapi tak apa la ayu datang sini pun temankan kakak kesayangan ayu...
keluarga ayu jugak kan...:)

tahun depan mesti beraya dekat kampung! 



satu-satunya gambar raya yang ayu ada...sob..sob...:)

hari raya ke 5 baru dapat pegi rumah encik mok. masuk ni dah 3 kali pegi beraya dekat rumah encik mok ibu pun dah biasa namapak muka ayu dekat rumah ibu... ayu pun tak de rasa awkward ataupun segan lagi dah dengan family encik mok...hhihihi...

and this is my baby....:)
MUHAMMAD ADEL RAYYAN BIN MOHD SOFIAN
kak ja akhirnya bersalin pada 26 Ogos 2012 jam 5.15 pm
sepatutnya hari tu pergi dating dengan encik mok tapi baru keluar 5 minit abang dah call cakap kak ja dah tumpah darah... lepas hantar adik ayu pegi mc ayu pun terus pegi hospital ...
dari pukul 1 tengah hari sampai pukul 8 malam lepak dekat hospital tuh... 

and now...duty ayu sebagai babysitter, driver, chef pun bermula...hewwww~~~ seronok tau !

jangan lupa singgah sini tau!!!!


No comments:

2leep.com