Instagram

Friday, October 12, 2012

Lelaki perlu tahu tentang Wanita...

 
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak mencari perkara yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

11. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

12. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

13. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

14. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!

16. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

17. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

18. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

19. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
20. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

21. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

22. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

23. Senjata wanita adalah airmata!

24. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

25. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
 
 kredit : SUMBER

❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

1 komen:

fiqkbe said...

suka fakta yg no. 10. mmg x suka tetiba laki jd serius sampai nk senyum pn ssh.

2leep.com