Instagram

Friday, December 21, 2012

sabarlah ayahanda~~~

hari ni dah masuk hari ke3 ayahanda discharge dari hospital...
tapi hari ni ayahanda agak aktif...
dari pagi ayahanda berjaga sampai sekarang ayahanda tak tido...
lepas minum susu dengan ubat pun ayahanda still berjaga..
mata ayahanda sentiasa memerhati sekeliling...
maybe ayahanda nak bagitahu sesuatu tapi ayahanda tak mampu nak luahkan...
ayahanda tak mampu nak bagitahu apa dia rasa...
ayahanda cuma mampu mengangguk dan menggeleng je...
tiap kali nak bagi ayahanda minum susu...
sayu je rasa... ayu tak mampu nak faham apa yang ayahanda rasa...
dengan wayar di hidung... 
ayu tahu ayahanda serabut... tapi bertahanlah ayahanda..
sementara saje... nanti ayahanda dah boleh telan makanan...
wayar tu akan dibuang...

waktu malam tangan ayahanda terpaksa diikat...
maafkan kami ayahanda... tangan ayahanda selalu bergerak nak tarik wayar di hidung...
maafkan kami ayahanda...
bertahanlah... bersabarlah...
kami terpaksa... kami taknak ayahanda derita lagi kalau wayar tu tercabut...
ayahanda kena tahan sakit lagi untuk masukkan wayar tu...
kami tak mampu nak tengok ayahanda sakit lagi...
bersabarlah... sampai ayahanda boleh menelan makanan...

esok... 
10 orang anak ayahanda akan berada di depan ayahanda...
abg nuar akan balik malam ni...
dia pun dah nak berhenti naik kapal...
cukuplah... dia dah decide nak kerja kat darat je...
dah tak sanggup nak berjauhan dengan family...

ayahanda...bertahanlah untuk sementara...
kami berusaha untuk pulihkan ayahanda...
insyaAllah...
ayahanda akan pulih semula...
Amin...

sesungguhnya sakit itu pengahapus dosa-dosa kecil..

❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

3 komen:

Miss EFEO said...

Moga ayahanda Ayu cepat sembuh. Pengalaman kita serupa. Moga kuat dan tabah hadapi dugaan ini.

-✿Ayu✿- said...

@Miss EFEO
Amin... tq dear~~~

Are_Rull said...

semoga ayu dan adk beradik len tbh dn sbr hdapi dugaan ni .. sbr mjga ayhanda .. sy doakan ayahanda ayu sgra sht dr sgla ksakitn tu ..ameen~

2leep.com