Instagram

Wednesday, January 01, 2014

MOST WELCOME 2014!

 
 
 
 Alhamdulillah..
dalam kita tak sedar 2013 dah pun tinggalkan kita semalam. cuma beberapa minit yang lepas. sapa sangka begitu cepat masa berlalu. hampir setahun Ayu bekerja di FTSB ni. macam ragam manusia ayu dah kenal tapi syukur nikmat masih diberi kesempatan untuk merasa tahun baru. 

genap setahun juga Ayahanda sakit dan setahun kami tidak mendengar ayahanda mengaji, setahun kami tak solat sebagai makmum ayahanda. begitu cepat masa berlalu.betapa ayu merindui ayahanda yang dulu. 

Bertambah lagi angka dalam peningkatan umur kita. sesungguhnya ia hanyalah angka yang membezakan jarak umur kita namun angka tak pernah membezakan jarak pemikiran manusia. Moga kita lebih matang dalam setiap perancangan dan langkah itu biarlah selari dengan tujuan.

Segala pahit dan manis 2013 jadikan kenangan dan pedoman untuk akan datang. Kenangan tu takkan berulang untuk kali kedua. 

2014
Semoga semakin baik dengan Ayu.
Allah dah tentukan segalanya.
InsyaAllah...

❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

0 komen:

2leep.com