Instagram

Wednesday, January 22, 2014

Baby glider in the house!

Alhamdulillah... 
tercapai jugak niat nak bela dia ni. Geram sunggoh tengok kecomelan die nih.
Thanks to Encik Mok as a gift. hihihi tak terfikir pun Encik Mok nak bagi sugie sebab ayu sendiri pun dah lama dah lupakan hasrat nak bela sugie sebab tak mampu dari segi wang dan masa,
tapi Encik Mok nak beli jugak and suh ayu jaga dia.Kecik tapak tangan satu petshop tu ayu tadahkan.
hihihih... Thanks syg!

Name : LALA
Age : 2 months old
Gender : Girl Girl

memang lama dah simpan nama tu untuk dia. tengok siap simpan nama. hahaha
masuk hari ni baru 5 hari dia bersama ayu.

First day memang macam musuh sebab dengan owner baru kan.
asal nak dekat je mesti dengar bunyi yang pelik tu.
tapi slow-slow kena dekatkan diri dengan dia jugak biar dia kenal tuan dia ni.

Tapi Alhamdulillah, lepas 5 hari ni ayu dah boleh angkat dia dari cage and main-main dengan dia walaupun dia still macam nak lari. crabbing tu memang wajib la. nak bagi tuan dia ada scratch comel kan. 

Setakat ada masalah sikit untuk diet dia sebab dia asyik makan epal je. orang kedai tu suruh bagi oat. ayu bagi dia tak sentuh pun. memang kena keep googling untuk menu diet si Lala.

Keep with me ye Lala. temankan ayu sampai bila-bila.

*** nanti kalau nampak dia macam sunyi je baru carikan partner untuk die.

1 comment:

merahitujambu said...

comel..rindu pulak pada koko sy

2leep.com