Instagram

Thursday, February 13, 2014

Lala after one month

Alhamdulillah... sebulan dah Lala stay dengan Ayu. Buat masa skang ni Lala semakin jinak tapi tak sejinak yang lain lagi la cuma Lala dah boleh dekat dengan Ayu kalau Ayu panggil. Lala Pun bab makan dah senang skang sebab Ayu bagi Lala makan CDF (Complete Daily Food) 2 kali sehari. Memang Lala nampak berselera betul makan CDF ni. 
 
Every morning Ayu bagi sekali and malam sekali tapi depends la jugak kadang-kadang Lala tak makan habis pun waktu siang sebab sibuk nak tido. BUat masa skang Lala belum ikut AYu pegi opis lagi sebab Ayu nak biasakan dia dengan Ayu dulu. agak dia dah jinak baru Ayu akan bawak Lala pegi opis takut Lala asyik crabing je kang. Bising pulak opis dengan Lala je.
 
Minggu lepas cari HPW (High Protein Wombaroo) Regular tapi yang ni kena bancuh pulak dengan madu and telur dan paling penting kena simpan dalam freezer. Tu yang leceh sebab freezer kat umah sewa ni kecit cenonet jeh. So Lala kena makan CDF je la dulu buat masa ni. Maybe nanti Ayu beli HPW yang instant je senang sebab bancuh dengan air je macam CDF. Bagi dried worm pun Lala tak nak makan jugak... aihhh la Lala. penat mommy looking for food untuk Lala. 
 
Lala dalam proses kenal Ayu lagi sebab belum betul-betul jinak lagi. So skang every morning bangun je tido Ayu akan ambik Lala letak atas bahu then Ayu akan buat keje-keje lain biarkan dia atas badan Ayu nak bagi dia dekat dengan bau Tuan die. Baru je praktikkan ni sebab Ayu pk time bangun tido tu fresh bau kite. hik hik hik
 
CDF
Still on learning pasal sugar glider dengan otai--otai. kalau lah ada otai boleh tolong tame Lala untuk Ayu. SERONOKNYEEEEEEEEEE... 
HPW

Little LaLa

  Till then... tengok pulak perkembangan Lala bulan depan ek.. :)

❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

0 komen:

2leep.com