Instagram

Tuesday, April 26, 2011

aku pilih untuk jadi burung hantu ! & histeria di uniKL MSI!

aku dah mula pening dengan segala macam teori yang aku dah baca. shares, meeting, moa, aoa, directors, security, dissolution, allotment of shares, bla...bla...bla...sume dah mula bercampur aduk dengan form + section yang meliputi 18 bab yang perlu aku cover dalam masa berbaki lagi kurang dari 30 jam. tolak ngan masa tido sekurangnya 5 jam, makan sekurangnya 1 jam ( belum masuk masa borak lepas makan lagi tu)! so...tinggal saja lebih kurang 20 jam untuk aku cover sume ni!
urghhhh!!!! perasaan tensen dah mula menguasai diri! tengah fikir lagi macam mana nak cover sume ni!

malam ni aku pilih untuk jadi macam burung hantu. berjaga sampai subuh! bolehkah???
sekarang tengah baca allotment of shares. dah mula bercampur ngan section kt director yang aku dah cover semalam!

dah solat hajat mintak dipermudahkan segala urusan aku sepanjang final kali ni. insyaAllah...aku tahu, Allah S.W.T sentiasa ada disisi hambanya yang memerlukan...Amin....

 apa kena mengena pulak histeria nih. naik meremang dah bulu roma aku nih! kunci dulu segala pintu dan sliding door...sekarang dah pukul 2 pagi nih. memang cari nahas aku malam nih bercerita pasal ni. huhuhu...
tak pe...selagi kita tak kacau dia....dia takkan kacau kita! ingat tu!

lebih kurang pukul 9 lebih tadi encik Boyfie bgtahu ada histeria kat kolej. bukan girl je yang kena, boy pun termasuk sekali! waaa.... biasanya jarang kalau boy kena histeria ni sebab boy lebih kuat semangat dari girl tapi skang? lebih kurang je...ngeee~~~ skang aku tak tahu lah apa jadi ngan budak-budak yang kena tu. aku tak bg encik Boyfie citer banyak-banyak sebab aku tengah study kat taman bawah tadi. malam-malam macam ni...eeee.....

pernah jadi histeria dekat sekolah budak nakal dekat kampung aku dulu. seriau gak aku. sekolah tu dekat giler ngan rumah aku. maunya ghost tu melilau kat kampung lak kang... tapi naseb la kampung aku still aman lagi tanpa citer macam ni.

selalunya kejadian histeria ni berlaku bile kediaman "mereka" diceroboh ataupun "dia" dipanggil untuk datang mengacau. faham maksud aku kan. related to perkara khurafat yang semakin menjadi-jadi sekarang nih. tak paham aku apalah dorang dapat dengan buat kerja tak berfaedah tuh!

mintak jauh lah dari aku perkara yang tak baek nih! Amin...kau lindungi aku Ya Allah...

got to go now... dah pukul 2 lebih ni...banyak lagi perlu aku cover...kepada sapa-sapa yang terbaca entry ni...jangan jadi macam aku ye! suka study last minute! lepas tu mula la merungut ! hahaha... gud nite bloggers!!!!!

4 hours to go...yoshhh!!!!
❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

1 komen:

Apiz Skemmatixx said...

histeria kt UniKL MSI?? hahaha... aku rasa sekarang ni benda tu pulak yg takut dgn budak2 UniKL MSI tu...

2leep.com