Instagram

Sunday, April 24, 2011

Matlamat tak boleh menghalalkan cara : kisah alien...

perhatikan dan analisa cereka di atas... pelukis ingin menyampaikan apa maksud sebenar fenomena yang sedang melanda Malaysia sekarang ni. Fenomena ni makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. fenomena ni memang sedang hangat di gayakan oleh ramai wanita muslim kat Malaysia ni. Fesyen terkini katanya. sapa nak ketinggalan dalam arus permodenan terkini. lagi-lagi fesyen, aku memang salute betul dengan rakyat malaysia ni. bab fesyen memangg tak kalah.ade je yang baru. tapi tahukah anda di sebalik fesyen ni ada kontranya. segelintir mereka mengatakan fesyen ni :

  • macam bonggol unta
  • macam alien
sebenarnya tak salah untuk bersanggul. tapi barlah ke bawah bukan ke atas macam ni. lelaki boleh mengukur rambut kita. ni bukan menutup aurat. tapi lebih kepada membalut aurat.
hadis ada mengatakan :


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:
Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212  
 (Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)



Daripada hadith di atas...3 golongan wanita penghuni neraka yang digambarkan iaitu;
 1.perpakaian tapi mcm bertelanjang 
 2.berjalan melenggang lenggok
 3.dan di atas kepala mereka ada bonggol seperti bonggol unta



Bagimuslimah yang berambut panjang, cara yang selamat untuk menutupi aurat(rambut) mereka tidak lain adalah dengan cara menyanggulnya, dan menyimpannya kemas di dalam anak tudung. Jadi, di sini jelas, sanggul adalah tidak haram dan tidak salah, malah boleh jatuh wajib sebab itu adalah cara menyimpan rambut daripada terkeluar daripada tudung. Kita tengok hadith yang berkaitan dengan sanggul;



 “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merungkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” 
(Riwayat Muslim).
islam ada mebariskan cara untuk bersanggul sebab bersanngul tak salah dan haram tapi caranya.
salah satu caranya buat sanggul rendah atau pun sanggul biasa.  ikat dibahagian yang paling bawah iaitu hampir dengan leher. supaya keadaan seperti unta tadi tidak keilihatan.

aku bukanlah arif dalam fesyen islam. tapi kita sama-sama menegur sesama muslim. manusia akhir zaman semakin lupa dan alpa. setiap manusia akan melakukan kesilapan. ambil masa untuk perbaiki kesilapan itu. InsyaAllah...setiap keampunan yang dipohon akan diampuni Allah S.W.T...Amin....

No comments:

2leep.com