Instagram

Saturday, April 23, 2011

.Siti Musliha akhirnya kembali =)

lama aku tunggu insan istimewa ini muncul semula setelah beberapa tahun menghilangkan diri.
di usia 28 tahun akhirnya insan istimewa yang pernah popular dengan lagu "HUJAN AIR MATA"
yang pernah menambat dan menyentap jiwa setiap pendengar dengan linangan air mata. Siti Musliha muncul dengan lebih matang dengan imej barunya, bertudung. dia masih tetap seperti dulu, tutur bicaranya, kesopanannya masih kekal seperti dulu.dia baru sahaja beberapa hari pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah bersama ibu bapanya.

sedikit info tentang dirinya:
Siti Musliha binti Mohd Mustafa
lahir pada 10 Januari 1983
bapa : Mohd Mustafa Manap
Ibu: Rohani Atan



  • dimasukkan ke HKL selepas dilahirkan ekoran kesukaran bernafas
  • mendapat pendidikan di SK Sunagi Kuantan, Kajang dan SMK Pendidikan Khas Setapak
  • penampilan pertama menerusi program Malaysia Hari Ini bersama Aziz Desa pada 1994
  • bukan sahaja berbakat dlm nyanyian bahkan dikirniakan kebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran melalui hafazan

sangat gembira dengan kemunculan beliau. walaupun dia tidak sempurna seperti kita, tapi dia insan paling istimewa buat kita. 

Hujan Air Mata

mendung bearak dalam hidupku
tak siapa tahu derita kalbu
tiap jelmaan malam dan siang
air mataku bagaikan hujan

usahlah diri ini dibezakan
usahlah diri ini disusahkan
kita semua dipentas dunia yang sama

ku sedar diri serba kekurangan 
meratap dan mencari perlindungan
dirimu insan
ku gantung setinggi harapan
pada mereka yang membantu
redhakanlah aku
setiap budi yang diberi
ku bawa ke mati

terima kasih pada budiman
selamat tinggal aku ucapkan
di malam sunyi yang memisahkan 
airmataku bagaikan hujan

2 comments:

shafiqabdshukor said...

wah..
dah kembali ye...
dr dulu tercari-cari gak..
dulu masa kecik2 suka dgr beliau nyanyi...
kagom gak la ngan beliau

-✿ Ayu ✿- said...

huhuhu....tau xpe...Alhamdulillah...dia masih sihat seperti dulu... die pn makin mendekatkan diri pada Ilahi... semoga die sentiasa bahagia bersama kelurganyanya...Amin...

2leep.com