Instagram

Sunday, June 19, 2011

buat insan yang kugelar " KU"...

aku rasa seperti baru semalam ku membawa aku menaiki motosikal keliling kampung... meronda ladang kambingg yang ku bela dulu... lepas tu ronda ladang ayam... ku memang seroang yang tak pernah kenal erti penat... kalau boleh ku ingin buat semuanya... sendiri... segala keringat ku curahkan buat kami adik-beradik...

23 tahun berlalu...tapi setiap kenangan yang ku berikan untuk sentiasa aku kenang sampai akhir hayat aku...
Ku adalah insan yang paling berjasa dalam hidup aku... tanpa ku dan bonda...sapa lah kami adik beradik...
dalam usia Ku yang menginjak 75 tahun... Ku masih kuat untuk menaiki motosikal buruk tu ke masjid... setiap maghrib ke surau... khidmat ku sebagai mubaligh masih diperlukan... sebut saja nama Haji Tuan Long... seluruh warga Chendering kenal ku... insan yang sangat aku banggakan...

masih aku ingat 11 tahun yang dulu... Ku pernah kemalangan bersama aku ketika dalam perjalanan menghantar aku ke sekolah... aku yang membonceng di belakang pengsan tiba-tiba... tapi aku boleh dengar suara ku panggil nama aku... sampai kat hospital... Ku orang pertama yang aku pandang... mujur... ku tak mengalami kecelakaan teruk seperti aku... terima kasih ku...kerana sentiasa mengambil berat tentang aku...walaupun ku tak pernah meluahkan...tapi aku tahu...dia menyanyangi kami...


"SELAMAT HARI BAPA"

4 comments:

Yaya Azura said...

jasa ibu dan ayah tak terkira .. walaupun ayah kebiasaannya lebih banyak membisu tapi kita boleh tahu dia sayangkan kita ...

-✿Ayu✿- said...

@YAYA AZURA
tau xpe...walaupun dia x pnh sebut...tp dia mmg sygkan kite...

✿INA AINAA✿ said...

merekalah cinta sejati kita buat selamanya...hargailah mereka dan sygilah mereka..hehehe..Selamat Hari Bapa to ur dad yew...

-✿Ayu✿- said...

@♥Lady Ainaa♥
insyaAllah...TQ!

2leep.com