Instagram

Wednesday, November 23, 2011

entah sampai bila Malaysia dan Indonesia akan terus bermusuhan kan...?


Sukan SEA ke-26 INDONESIA 2011 baru saja melabuhkan tirainya semalam dengan pencapaian cukup membanggakan buat pasukan MALAYSIA dengan membawa pulang 59 pingat emas. daan lebih manis dari itu, 'MOTHER OF THE MEDAL' juga menjadi milik MALAYSIA apabila skuad HARIMAU MUDA berjaya menjadikan impian jutaan rakyat MALAYSIA menjadi kenyataan dengan menumpaskan skuad GARUDA MUDA .TAHNIAH buat anak buah ONG KIM SWEE atas kejayaan kalian...

namun Sukan SEA ke-26 bagaikan mimpi ngeri buat atlit-atlit negara 
apabila menerima layanan yang sangat teruk dari tuan rumah...
aku bukan lah mengikuti rapat setiap perkembangan Sukan SEA kali ni walaupun dulu setiap kali temasya sukan memang aku akan mengikuti setiap perkembangannya...
kadang-kadang aku sakit hati jugak bila dengar berita yang tidak enak dari seberang yang menimpa atlet-atlet kita tapi lebih besar dari tu... MALAYSIA dan INDONESIA bagaikan musuh yang sedang bertarung di medan peperangan...

semasa perlawanan bola sepak hari tu...
mereka hanya berlawan untuk mendapatkan SATU EMAS..
tapi lagak mereka bagaikan sedang menentang musuh yang sudah berdendam sekian lama...
PERANG CYBER dirasmikan serentak dengan PERASMIAN SUKAN SEA ke-26...
rakyat MALAYSIA dan INDONESIA saling membalas kata-kata kesat
yang menghina satu sama lain...
bagi aku sukan kadang-kadang boleh menyatukan banyak negara...
tapi kenapa tidak MALAYSIA dan INDONESIA!

kalau nak tahu cerita dan pendapat dari seberang boleh ke laman web INI
baca...teliti...da fikirkan kenapa mereka sangat berdendam dengan kita...

kita sama MELAYU...sama SERUMPUN... tapi kenapa kita BERMUSUH?





❤Salah silap dalam entry ini...Ayu mohon ampun dan maaf... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan Ayu sendiri...❤

4 komen:

Mira Adzlia said...

tu la pslnye....aish...kite serumpun, tapi tak sebulu..huhu (^_^)

IqaNi said...

hm... kan kan?
perang kata2 kesat. pdahal game je pon..apa la mreka ni. tk pham saya

nadzirah said...

ntah la kt diorang tu..
ta puas hati apa pun tatau, apa yg ita dah buat, plik tol la....
Sebab tuh yg M'sia mng smlm mmg sgt gembira sebab dapat ROBEKKAN EGO diorang ni...tgk 2 3 hari lg msty merusuh

.:hana radzi:. said...

aslkm..nk jmput kamu n kawan2 join my 1st GA :)

2leep.com